Mentari Kreatif

Mentari Kreatif

Jumaat, 3 April 2009

Mentari Kreatif 2010


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pelanggan dan pengunjung laman blog Mentari Kreatif ini. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga tahun ini akan memberikan lebih peluang dan kejayaan kepada anda. Begitu juga kami disini, sentiasa mencari peluang untuk memberikan lebih variasi didalam perkhidmatan kami terhadap anda.

Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk bagi kami,kerana pelbagai aktiviti telah pun dirancang,disamping mengekalkan "trade mark " kami sebagai salah sebuah penganjur Pesta Perkahwinan yang berjaya di negeri Melaka. Insyaallah tahun ini, kami akan dapat menganjurkan pameran yang lebih baik serta padat & dapat memberi manfaat kepada pelanggan kami.

Disamping itu juga, kelas Solekan & Andaman kami untuk tahun ini, yang berpusat di cawangan Bukit Piatu telah pun bermula sejak awal Januari 2010, manakala pengambilan untuk sesi pertengahan tahun sedang dibuka untuk pendaftaran umum.

Matlamat kami pada tahun ini adalah untuk menjadi sebuah agensi berorientasikan " One Stop Wedding Centre" yang lengkap untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda sekalian. Untuk itu, MENTARI PHOTO STUDIO yang telah ditubuhkan pada tahun lepas, bertanggungjawab di dalam perkhidmatan fotografi, percetakan foto digital & penyediaan Custom Album, telah dilengkapi dengan mesin & peralatan-peralatan yang lengkap. Ini akan dapat memberikan perkhidmatan berkualiti, lengkap & terus kepada pelanggan tanpa melalui mana-mana pihak ketiga.

Sebagai mengukuhkan pengurusan kami, HQ kami akan berpindah ke Bangunan Mentari Kreatif yang sedang di dalam pembinaan iaitu di 1 LAGENDA, bersebelahan Aeon Jusco & Tesco. Projek ini akan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Diharapkan agar dengan pelaburan bagi mewujudkan cawangan terbaru ini, akan dapat memudahkan para pelanggan untuk berurusan dengan kami.

Akhir kata saya mewakili Pengurusan Mentari Kreatif mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga diatas sokongan anda selama ini.

Sekian,

Arni Ramle.

Make-up Artist Manager/ Mentari Kreatif Owner.