Mentari Kreatif

Mentari Kreatif

Isnin, 8 Mac 2010

Salam Dari Pengurus Mentari Kreatif

Assalamualaikum kepada pengunjung halaman blog ini dan pengikut serta para pelanggan yang saya hormati. Alhamdulilah, segala perancangan bagi memantapkan serta mengembangkan perniagaan kami di dalam bidang yang berkaitan berjalan dengan lancar.

Ini terbukti dengan penubuhan Mentari Photo Studio yang bertanggungjawab di dalam segala tugas berkaitan fotografi untuk semakin menampakkan hasilnya. Projek-projek yang telah selesai dijalankan ialah fotografi untuk majlis perkahwinan, menu makanan untuk kopitiam dan restoran baba nyonya, serta foto berbingkai untuk pelanggan.

Di samping itu juga, IO Design, yang merupakan rakan niaga yang bertanggungjawab di dalam reka bentuk dan pembuatan custom album serta pencetakan digital, kini semakin sibuk dengan projek-projek yang berkaitan hiasan dalaman dan lanskap untuk beberapa buah syarikat korporat dan IPTA di negeri Melaka.

Mentari Event pula, sedang mengumpulkan bahan-bahan dan strategi pemasaran bagi menjayakan acara pameran pengantin yang bakal dilansungkan pada pertengahan tahun ini. Disamping itu juga, beberapa siri " roadshow" berkaitan solekan dan andaman serta pertunjukkan fesyen bakal dijalankan sepanjang tahun ini.

Ketiga-tiga syarikat ini bergabung di bawah satu bumbung ( Mentari Kreatif ) dan telah membuka cawangan baru kami di Taman Peringgit Jaya, Melaka.
Dengan pembukaan cawangan ini, memudahkan " team " sokongan Mentari Kreatif ini untuk berurusan secara rasminya dengan pelanggan.

Lain ceritanya pula dengan andaman kami, maklumlah musim cuti yang bakal menjelang pada bulan MAC ini. Tempahan perkhidmatan kami kian meningkat. Pihak Mentari Kreatif ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak permitaan beberapa pasangan yang ingin menggunakan perkhidmatan dari Mentari Kreatif.

Kami berharap kepada pasangan lain yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan bolehlah membuat tempahan dengan lebih awal, agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan